Isnin, 21 Mei 2012
 
 
 
 
Selamat datang ke laman ZRA Art Work
    Seni Khat Islam yang mempunyai nilai budaya dalam dunia Islam merupakan satu bentuk kesenian Islam yang utama yang menggambarkan luahan dan kreativiti masyarakatnya.Ia juga merupakan lambang integrasi di antara kesenian dan ilmuan Islam. Seni Khat Islam tidak harus dilihat dari sudut kesenian semata-mata, malah ianya meliputi aspek moral dan kerohanian.

     Image Seni Khat Islam amat penting kerana ia menjadi asas dan panduan dalam memahami dan menghayati kepelbagaian jenis kesenian Islam. Pengaruh Seni Khat ini dapat dilihat di dalam pelbagai kategori kesenian Islam seperti senibina, barangan logam, kaca, seramik, tekstil dan kayu. Oleh yang demikian, Seni Khat mendapat tempat utama dalam kesenian Islam. Dengan berbekalkan semangat dan kemahiran yang ada di samping usaha untuk memartabatkan seni khat, ZRA ART WORK telah ditubuhkan pada 15 Januari 2003 dengan visi ingin melihat martabat Seni Khat Islam dan kesenian Islam diangkat setaraf dengan kesenian lain.

      Walaupun dikira masih muda lagi dalam dunia perniagaan, ianya adalah kesinambungan daripada kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pengasas syarikat. Peningkatan dalam kesedaran masyarakat pengguna terhadap Seni Khat Islam / Melayu telah menjana keinginan untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diharap akan memberi persaingan kepada syarikat-syarikat seumpamanya. ImageSeperti mana yang kita sedia maklum, penggunaan Seni Khat Islam dalam seni bina Islam memang telah terkenal sejak dulu lagi terutamanya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Kemunculan seni bina ini di pesada seni bina tanah air diterima baik oleh masyarakat negara ini yang memungkinkan wujudnya syarikat-syarikat yang mengusahakan produk-produk berasaskan kesenian ini. Keunikan seni khat serta seni bina Islam ini dapat dilihat apabila ia boleh mengekalkan keindahan seninya walaupun cara pembuatannya menggunakan teknologi tercanggih.

      Sebelum ini, kita boleh melihat seni bina berasaskan Seni Khat Islam dan kesenian Islam ini di beberapa bangunan sahaja disebabkan kos pembuatannya yang tinggi. Di ZRA ART WORK, kami berusaha membawa kesenian ini untuk dinikmati oleh semua golongan dengan kepelbagaian bahan dan harga mampu milik. Selain ingin menjana ekonomi negara, ZRA ART WORK juga berharap boleh memberi kepuasan kepada setiap pelanggannya.